Photobucket PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket Photobucket

Search This Blog

Thursday 3 May 2012

Latar Belakang Sekolah


Nama SMK Taman Hi Tech adalah bersempena daripada kawasan perumahan Taman Hi Tech yang didirikan di kawasan berhampiran kawasan  perindustrian di Kulim ini. Kedudukan yang strategik amat menepati dengan kehendak pembangunan pembandaran di Kulim yang diusahakan di bawah pengawasan Kulim Hi Tech Park ( KHTP ). Pada awalnya, ia merupakan kawasan ladang getah yang telah dibangunkan oleh KHTP. Sekolah ini mula dibina pada tahun 2000 dan mula beroperasi pada  1 Januari 2003. Di antara pihak pentadbir terawal yang datang melaporkan diri untuk bertugas ialah guru-guru penolong kanan Encik Mohd Tahir B Wanik, diikuti dengan Encik Mas’od B Jailani, dan Encik Md Yatin B Ismail.Tuan pengetua pertama yang menjalankan tugas di sekolah ini ialah Puan Hajjah Siti Zubaidah Bt Mohd Yassin dari SMK St Anne Convent Pada 28 Disember 2002 iaitu pada mesyuarat guru yang pertama hanya 14 orang guru dan seorang kerani iaitu Pn Rohaya Bt Ahmad sahaja yang melaporkan diri bertugas. Bilangan kelas yang dibuka hanyalah 7 buah sahaja iaitu  satu kelas untuk tingkatan 3,dua kelas tingkatan 2 dan 4 buah kelas  untuk tingkatan 1 bagi memuatkan  215 orang pelajar. Penggunaan bilik-bilik khas masih belum beroperasi sepenuhnya kerana masih tidak mempunyai kelengkapan. Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang pertama adalah di bawah pimpinan En Zainuddin B Bakrin sehingga kini. Projek kerjasama di antara guru-guru dan pihak waris yang pertama ialah gotong royong membersihkan kelas yang akan digunakan untuk P&P.Kini hampir 4 tahun ,SMK Taman Hi Tech telah beroperasi sepenuhnya di bawah pimpinan baru dengan bilangan guru seramai 36 orang, 8 kakitangan sokongan, dan 548 pelajar yang terdiri dari pelbagai  bangsa.

No comments:

Post a Comment